Monday, 15 May 2017

mengapa dia kuat?

sejak kecil
dia sering berusaha
berusaha untuk mendapatkan apa yang dia mahu
walaupun dia seorang yang tidak berpelajaran tinggi
namun dia begitu berjaya
kadang,
dia tersungkur
tersungkur kerana teringat kisah lalu
kisah lalu yang begitu pahit bagi nya
dia dibesarkan dalam keadaan yang susah
dia seorang anak sulung yang baik
dia membantu kedua ibubapanya
membantu dengan bekerja
dia seorang yang kuat
tetapi,
dia sering di hina oleh orang yang dia sayangi
di hina kerana kepandaianya yang tidak seberapa
dia di beza beza kan dengan adik beradiknya sendiri
dalam kebodohannya
dialah satu satunya yang membantu keluarganya
siang malam dia bekerja
dia tinggal kan pelajarannya demi keluarganya
tetapi,
keluarganya menghina tanpa berfikir
dia susah, dia lapar, dia sakit
semua ditanggung seorang diri
mujur dia ada seorang ayah
ayah itu lah yang sering membantu nya tatkala susah
ayah itu lah yang faham tentang dirinya
ayah itu lah yang membangunkannya
akhirnya ayah itu pergi meninggalkannya
dia sedih kerana orang yang dia sayangi telah menghadap ilahi
kadang
dia lemah
dia sangat lemah
dulu
dia bersusah payah
dan sekarang
dia berjaya
tapi
ada yang dengki pada dia
mengapa manusia seperti itu harus wujud?
manusia sangat kejam
dengan fitnah fitnah yang dia dapat
dia tepis dengan sabar
hampir semua percaya akan fitnah tersebut
walaupun dia sering di pandang hina
tetapi dia kuat
itulah manusia yang paling kuat yang pernah ku tahu.

No comments:

Post a Comment