Monday, 15 May 2017

mengapa dia kuat?

sejak kecil
dia sering berusaha
berusaha untuk mendapatkan apa yang dia mahu
walaupun dia seorang yang tidak berpelajaran tinggi
namun dia begitu berjaya
kadang,
dia tersungkur
tersungkur kerana teringat kisah lalu
kisah lalu yang begitu pahit bagi nya
dia dibesarkan dalam keadaan yang susah
dia seorang anak sulung yang baik
dia membantu kedua ibubapanya
membantu dengan bekerja
dia seorang yang kuat
tetapi,
dia sering di hina oleh orang yang dia sayangi
di hina kerana kepandaianya yang tidak seberapa
dia di beza beza kan dengan adik beradiknya sendiri
dalam kebodohannya
dialah satu satunya yang membantu keluarganya
siang malam dia bekerja
dia tinggal kan pelajarannya demi keluarganya
tetapi,
keluarganya menghina tanpa berfikir
dia susah, dia lapar, dia sakit
semua ditanggung seorang diri
mujur dia ada seorang ayah
ayah itu lah yang sering membantu nya tatkala susah
ayah itu lah yang faham tentang dirinya
ayah itu lah yang membangunkannya
akhirnya ayah itu pergi meninggalkannya
dia sedih kerana orang yang dia sayangi telah menghadap ilahi
kadang
dia lemah
dia sangat lemah
dulu
dia bersusah payah
dan sekarang
dia berjaya
tapi
ada yang dengki pada dia
mengapa manusia seperti itu harus wujud?
manusia sangat kejam
dengan fitnah fitnah yang dia dapat
dia tepis dengan sabar
hampir semua percaya akan fitnah tersebut
walaupun dia sering di pandang hina
tetapi dia kuat
itulah manusia yang paling kuat yang pernah ku tahu.

wahai hati

wahai hati,
aku mohon
tabahlah engkau

wahai hati.
aku tahu kau kuat
bangun lah

wahai hati.
kenapa kau begini?
apa kau sudah berputus asa

wahai hati.
aku perlu kau

wahai hati.
jangan kau retak
jangan kau lemah
jangan kau hiraukan tentang masalah

wahai hati.
aku perlu kau

wahai hati.
dulu kau kuat
tapi mengapa
sekarang kau lemah

wahai hati,
bantu aku

wahai hati.
jika kau tidak kuat
biarkan tangisan meleraikannya

wahai hati.
jangan lemah
meskipun kau telah berkali kali retak
jangan kau berani retak buat selamanya

wahai hati.
aku sayang kau

bertahanlah kawanku

kepada insan yang bernama MANUSIA

dalam hidup ni..tiada yang mudah.
terlalu banyak dugaan yang kau akan hadapi.
bukan kau. tapi semua.
semua manusia yang ada di muka bumi ini
termasuk aku dan kau
ye kau..

sebagai manusia,
kau tak boleh lemah
kau harus kuat!
jangan peduli apa yang orang kata
dia kutuk kau? dia caci kau? dia hina kau?

-P E R G I M A M P U S-

orang yang hina kau, lebih hina dari kau.

tapi,
kau jangan sombong.

kadang..
manusia ni sombong,
termasuk aku
manusia lalai.
manusia leka.
termasuk kau

jadi..
apa kau kena lakukan?
berdiri. bangun. buka mata, buka hati, buka telinga

dunia ni luas.
takkan diam?

lidah basah dengan kencing syaitan.
tapi tidak jemu untuk menyebut nama tuhan.
apa kau masih ragu pengampunan itu luas?
seluas luas lautan. lebih dari apa yang kau bayangkan

manusia.
kau tahu apa erti pengorbanan?

semasa kau hidup di dunia ini
apa pengorbanan yang kau lakukan?
perngorbanan dari segi usaha? hati?

dah sedia untuk menghadap ilahi?
dah sedia untuk mati?

wahai manusia. sudah sedia??


Sunday, 7 May 2017

apa itu diploma sains kesetiausahaan??

assalamualaikum,

khususnya kepada adik adik yg baru je lepas SPM. mesti korang tak tahu apa itu course dip.kesetiausahaan ni kan? ok. kalau korang nak tahu.. course ni kebanyakkannya ada di politeknik malaysia. dekat politeknik ni, nama singkatan course ni dipanggil DSK.. haa ni nama glamour la. dalam course ni, adik akan belajar selok belok macam mana cara untuk jadi PA yang berjaya. ok contoh, adik akan belajar macam mana nak jaga personaliti, selok belok tentang dunia office, bahasa baru yang macam bahasa alien tu. hahaha (satgi adik akan tau apa bahasa alien tu ye) and banyak lagi subjek yang menarik.. kalau adik ni jenis seorang yang suka bekerja dalam suasana office, nak pakai cantik cantik, high class, Yes.. ni lah satu satunya course yang sesuai untuk adik. akak bukan nak kata yang course lain tu tak best. tapi disebabkan akak amik course ni, and akak yakin course ni sangat sangat best and sesuai untuk korang. mostly, majoriti student yang ambil course ni adalah perempuan.. kalau korang nak tahu, dalam politeknik, antara banyak banyak course yg ada, course DSK ni lah yang sangat popular. sebab apa? sebab dalam course ni, semua student wajib menjaga personalitinya, dia kena pakai high heel, paling tak pun 1 inci, itu pun dah cukup, janji bertumit... lagi satu, student DSK ni kena makeup. kalau korang praktik kan benda ni waktu korang belajar. nanti bila masa korang nak kerja, korang dah pandai makeup, dah pandai fashion. yelah sebab korang akan bekerja didalam suasana office. takkan la korang nak selebet selebet gi kerja pulak kan? then, korang juga akan masuk class makeup. ni sangat best. sebab korang akan belajar macam mana nak makeup cantik cantik macam asyallie gituu. lol hahaha ok. next. pasal subject lain pulak, antara subjek yang paling killer bagi DSK ialah shorthand. shorthand ni lebih kurang tulisan cacing. haa ni lah yang akak kata bahasa alien tu.. nanti adik boleh tengok cane rupa shorthand tu kt google. tulisan cacing ni memang susah. susah bagi orang yang tak study lah. tapi bagi akak, subjek ni kalau kau rajin, kau boleh go. belajar shorthand ni senang sebenarnya. kalau korang rajin, korang mesti boleh. subjek ni best sebenarnya. sebab apa? sebab korang belajar benda baru tau. shorthand ni hanya ada dalam politeknik sahaja. kalau universiti lain, diaorang tak panggil DSK. tapi diaorang panggil office admin. rasanya lah. akak pun tak tahu sangat. so bila korang nak mintak kerja. korang ada satu kelebihan. korang pandai guris shorthand. yep dan sebenarnya student poli lah yang paling laku. jadi. kalau korang dapat politeknik. jangan pulak korang banding banding kan yang universiti lain lagi high standard dari poli. jangan tau. kalau korang nak tahu. politeknik ni ada kat luar negara jugak tau. contohnya ada poli korea. yep. poli ni ialah international poli. so mana mana negara pun ada politeknik. jangan korang ingat yang poli ni tak bagus yee. sebab, berdasarkan pengalaman akak.. sepanjang akak study di politeknik ni. ramai student uni yang perlekehkan politeknik. ok. kita tutup pasal poli, sekarang kita terus pada subjek seterusnya iaitu keybording skill. ha tau tak apa ni? subjek ni, korang akan belajar macam mana nak menaip komputer menggunakan 10 jari tanpa melihat keyboard. subjek ni lah subjek yang akak paling suka. subjek ni kan.. dia macam main game tau. subjek typing ni memang tak rugi kalau korang belajar. bila korang dah pandai nanti, laju je jari korang bila nk menaip something. and korang akan rasa bangga sebab tak ramai yang berkebolehan menaip guna 10 jari ni. pada adik adik yang ragu ragu tentang subjek ni. caye cakap akak. kalau korang buat betul betul, you will not regret. good luck! :) pfft. need motivation? just scroll my page